Sunday 20 November 2016

Cara cara menjaga suami yang kurang sihat

Malam ni akak nak share apa yang perlu anda lakukan untuk suami ketika dia sedang sakit ๐Ÿ˜™

MANJAKAN DIA
๐Ÿ’‹Seseorang yang sedang sakit, seringkali menjadi malas untuk bergerak, bangun dari tempat tidurnya dan bahkan malas untuk makan kerena tekak yang tak sedap๐Ÿ˜…. Pada masa yang sama anda hiburkanlahh hati pasangan anda dengan  nyanyian ke , dengan gurauan manja ke hihi . Alahh untuk buatkan dia rasa d hargai .  Tidak ada salahnya memanjakan pasangan yang sedang sakit๐Ÿ˜‰. Kita sakit nanti dia akan buat benda yang sama jugak . Sebab dia mengenangkan layanan dia pada dia tu ๐Ÿ˜„. Masaklah makanan kegemaran dia , walaupun dia tak ada selera nak makan. masak je .. masak dengan penuh kasih sayang. Haa gitu ๐Ÿ˜„. Dah siap masak suap pulak baru lahh selera tu datang . Heheh bukan apa lelaki ni kalau sakit dia nak kan perhatian je . Jadi berilahh sepenuh perhatian dia akan rasa d hargai ๐Ÿ˜™. BERIKAN DIA SEMANGAT ๐Ÿ’‹Haa . Kalau suami tenga sakit tu jangan bebankan lagi fikiran dia .. malah anda jadikan diri anda sebagai penawar sakitnya . Berikan kata2 positif supaya dia akan sentiasa cetia dan kuat semangat . Dapat sembuh dengan cepat . Hee mudah kan ๐Ÿ˜†

D atas ni adalah antara tanggungjawab kita sebagai isteri untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga serta menambah kebahagian suami & isteri . Sesibuk mana pun anda ambil lahh sedikit masa untuk mencursh kasih sayang kepada suami semasa dia sakit ๐Ÿ˜

SEKIAN DARI NURIEE๐Ÿ’‹
Ig: @rahsiabahagiarumahtangga
Ig: @nak_beli_tapi_segan

Friday 20 May 2016

Pelbagai Jenis Baju Untuk Hubungan Intim Suami Isteri

Siapa kata wanita tidak boleh berpakaian seksi? Boleh sayang... kenapa tak boleh.. boleh hanya untuk suami kita ajew..hehehehe..Cuba bayangkan di luar sana banyak sangat wanita yang seksi ..yang cantik.. yang menggoda... kita sebagai isteri kene bersaing dengan diorg ni semua... Nak bersaing...??? Macam mana nak bersaing... Pakai baju tidur wanita seksi la...itu je cara nya.. kita x boleh seksi si luar rumah..tapi kita boleh seksi di dalam rumah. Sepanjang saya berniaga baju tidur wanita ni..bermacam macam orang yang saya jumpa..tetapi paling sedih ..ramai wanita yang dah berkahwin malu sangat tentang hal hal ini.. saya cuba sedaya upaya naik kan semangat mereka untuk cuba menggoda suami suami mereka dengan baju tidur seksi. Alhamdulillah... mereka kebanyakan datang kembali pada saya... dalam next posting saya akan berkongsi jenis jenis baju tidur yang perlu para isteri ketahui

Blog bersawang lama tak update

Assalamualaikum.. lama gilew x update blog nie.. bila berpindah rumah.. mmg mcm ni lah... sekarang alhamdulillah..dah settle down segala hal dan sudah menetap terus di rumah baru di sungai buloh..sedar tak sedar dah lama aku berhenti kerja..hampir 4 tahun dah..mmg aku jenis bukan suka sangat buat kerja rumah..jadi aku memang full swing berniaga secara online di rumah..berniaga apa?? Berniaga Baju Tidur Wanita seksi.. hahahaah... mcm malu je kn nak jual baju tidur wanita ni. Tapi x apa.. aku tahu baju tidur wanita ni memang mendapat sambutan tinggi.. dah lebih 3 tahun aku berniaga baju tidur nie.. nanti aku akan kongsikan pengalaman aku sepanjang menjual baju tidur wanita seksi ni.

Sunday 1 December 2013

Kursus Kursus Kursus

Assalamualaikum semua...


Entry kali ni mengisahkan aku pergi menghadiri kursus untuk perniaga perniaga. alhamdulillah aku bertemu dgn ramai rakan rakan niaga yang lain dan saling berkongsi pengalaman masing masing....jatuh bangun diorg memang aku salute..teruk teruk aku...aku rasa ada yang lagi teruk...terlungkup dalam bisnes..mahu bangun semula...kene tipu dalam bisnes..mahu bangun semula...tak ada bisnes..mahu mencuba...dan yang paling best...datang dgn tak tahu apa nak buat...bila dah keluar kursus...baru tau apa nak buat...hahahaha...macam macam kawan yang aku jumpa...semua nya owwshemmm...semua nya ada semangat yang kental nak teruskan perniagaan masing masing...In Sya Allah....kita akan sama sama berjaya...Amin...gambar kat bawah tu..beberapa yang sempat aku snap ..







In Sya Allah..ada umur panjang kita jumpa lagi di kursus kursus yang lain ya...keluar dari kursus macam macam dalam kepala dah start planning...

bak kata orang nak berjaya kene lepaskan diri dari biawak biawak kat luar sana...lidahnya panjang...lehernya pun panjang...hahaha...teruskan jalan kehadapan..tak payah nak pandang semua biawak biawak ni...nanti kita yang kelaut...semoga di permudahkan perjalanan ku ...aminnn..



Friday 22 November 2013

Lakukan Perniagaan Yang Dapat Selesaikan Masalah Orang Lain

Assalamualaikum...






Alhamdulillah..syukur kepada Allah...memberikan aku secebis kekuatan untuk memulakan perniagaan yang telah lama ku idamkan ..Dengan modal yang kecil aku mula bertatih-tatih secara offline (bukan internet base). Amat mengejutkan bila 1st batch dan 2nd batch telah laris di jual macam goreng pisang panas (tak sangka sambutan amat hebat..terutama para isteri-isteri yg nak nampak cantik di depan suami ).untuk pengetahuan korang semua..aku dah start from last year..cuma tak full swing dalam internet..(instagram ,FB, Blog)

Berniaga apa???haha...korang mesti tertanya-tanyakan. 

Tujuan aku berniaga ni bukan nak untung besar tetapi lebih kepada memberi service (kemudahan) kepada kaum wanita di luar sana, lebih-lebih lagi muslimah yang pemalu untuk mencari lingerie (baju tidur yang seksi untuk pasangan).Of coz la untuk suami yang tercinta kan..

Orang bertanya kepada aku..kenapa baju tidur?? kenapa harus lingerie??..tak malu ke nak jual??...tak salah ke di sisi agama...???jawapan aku senang


1) Back to Basic. Yang penting niat.Selagi niat aku x terpesong dari tujuan asal aku akan teruskan

2) Membantu wanita kat luar sana untuk membeli baju tidur .tak perlu lagi nak malu-malu atau segan..maklum la takut orang sekeliling pandang diorang atehh bawoh


3) Berniaga bukan untuk untung semata-mata..tetapi berniaga untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain..


4) Dan lagi satu..jika lah baju tidur yang aku jual tu membawa keharmonian dan 
    keceriaan dalam rumah tangga diorang..kan itu merupakan kebaikan.


5) Jangan tefikir langsung ke arah negative...andai kata kita menjual barang baik sekali pon seperti kain batik..jika kain batik itu di gunakan untuk membuat benda yang tak baik..itu bukan salah kita sebagai penjual..kita tawakal dan berharap pembeli yang membeli produk kita jujur dan ikhlas..sepertimana kita menjual dengan niat kita nak memudahkan mereka...

Aku berpegang pada ini... Apa-apa pun harus bermula dengan niat. betulkan??..banyak halangan yang aku tempuh..kebanyakan nya bagi orang orang yang minda tertutup.mereka andaikan hal hal bilik tidur malu nak di kongsi.Tetapi, ada pernah mereka terfikir tak yang suami diorang tu mungkin mahu..cuma malu nak beri tahu..apa lah salahnya mencuba..suami mana yang tak nak tengok isteri cantik dan seksi di depan mata dia...asik di jamu hidangan dengan orang luar yang seksi..apa kata kita sendiri yang cuba..jangan takut mencuba..

Tips tips yang bagus untuk memulakan operasi percubaan:

1) tunjukkan pada suami atau pasangan anda gambar-gambar baju tidur yang seksi...dari  instagram @nak_beli_tapi_segan atau boleh ( nak beli tapi segan  )


2) permulaan conversation..haruslah pilih waktu yang sesuai..masa yang santai..jangan sesekali masa dia penat balik kerja..lihat mood dia..dan baru lah mulakan operasi penyiasatan..tanya pendapat dia..baju mana yang cantik ..kalau dia (pasangan) nak beli..dia nak beli yang design macam mana..(ni teknik kita nak tau..dia berminat tak dengan baju tidur yang seksi

3) Buat buat tanya..nak tak pasangan kita belikan..or jika kita yang sendiri ada duit..kita beli lah guna duit kita...alaaa..apalah salahnya..kalau dia suka..kita beli dan pakai tok dia..lagi lah dia bertambah sayang,,,tak gitu...

4) harus di ingat...suami tak pernah yang nak tengok isterinya selekeh..mesti nak tgk isterinya cantik kan...guna basic teori aje...kita semua kan dah dewasa..mesti mencuba....jangan tak cuba

Bagi aku..baju tidur ada lah benda yang wajib kita sarung setiap malam..tak kira yang sopan ataupun yang seksi..semua untuk suami atau pasangan masing-masing .Betulkan??

Jangan korang semua terkejut..ada juga lelaki beli untuk isteri.. katanya..dia nak beli kat luar..malu..bila nampak Instagram aku..dia terus suruh isterinya hubungi aku..Pelik kan..tapi benar...

Jadi di sini aku nampak service aku ini memang amat di perlukan. ini menguatkan lagi keazaman aku untuk terus maju kehadapan lagi dan mungkin aku akan merencana sesuatu yang lebih baik selepas ini. In Sya Allah...ini juga dengan izin Allah..

Moga sahabat -sahabat dapat memberikan sokongan kepada aku. Pada yang nak membeli boleh hubungi saya di :






Thursday 21 November 2013

Rumah Baru Rumah Baru

Assalamualaikum semua

Dah lama rasanya tak meng hapdett tentang rumah baru ku itu..sedap tak kalau aku letak nama rumah tu Villa EddyLiya.....macam Villa Nabila aje buyik nyaa..ahahaha..setalah rumah ku naik hampir 50%..ada masalah sedikit yang datang...pokok pokok yang besar besar (pokok durian) di tepi tepi rumah aku tu mula jatuh dahan dahan nya..jadi ia agak membahayakan kami. Jadi emak telah memberikan ke izinan untuk memotong pokok pokok tersebut....tumbang lah pokok pokok tu semua pada 21/11/2013..lapang lah sedikit depan rumah baru ku tu nanti...ni gambar yg sempat aku snap semasa diorg tolak pokok pokok depan rumah ku tu














ni pula bahagian sisi rumah aku..diorg baru naik slab bahagian atas tu...alhamdulillah...rumah aku semakin hari semakin dah nampak rupanya....

Moga di permudahkan segalanya untuk keluarga kami ..Amin... 

Thursday 14 November 2013

Anugerah Allah Yang Terbesar


Assalamualaikum...

Kali ini aku just nak share perasaan menjadi ibu bila anak kita berjaya...Kisahnya semalam (14/11/2013)..anak bujang kesayangan aku tu Ahmad Amirul Aliman Bin Ahmad Zaidiy telah mendapat keputusan yang cermelang...walaupun bukan 5A...hanya sekarar 4A 1B...tapi aku amat bersyukur....membesarkan dia hingga dah tinggi lampai...(dah sama tinggi dgn aku...saiz seluar pon dah sama) tidak la begitu sukar...alhamdulillah..aku di kurniakan anak yang cool aje..dari kecil hingga dewasa...x pernah menyusahkan mama dan baba dia...sekolah dia..biasa la turun naik...tapi masa darjah 1 dan  darjah 2..mesti dapat no 2 atau 3....tapi bila dah darjah 4 ,5 dan 6..nombor nye memang menyakit kan hati....tapi nombor letak tepi la...kita kene tengok peratus...selagi peratus dia bagus...aku bersyukur...sebab kelas yang dia masuk pon saingan tinggi...sekolah dia tu..banyak nye anak orang kaye..kaye...hahaha..kene bersaing la..orang kaye tuisyen org datang kat umah..kita yg tak berapa nak kaya ni...anto anak la pei tuisyenn....ahaks...

Perjalanan nak menjadikan dia score 5A..memang la sukar...aku dgn suami berkorban masa ..tenaga..dan wang menghantar dia tusyen...dengan harapan..dia lebih memberi tumpuan pada subject....sebab..aku dapat informasi dari cikgu anak aku ni...dia la tukang penglipur lara..dia la tukang karrot dalam kelas...suka buat lawak sengal...suka ganggu orang dgn lawak jenaka nya..sehingga cikgu tak tau nak buat cam mana dah..(tapi peliknya..kat rumah..x la kelaka sangat...ahahaha..tu yg aku pelik)..tapi aku percaya cakap cikgu tu...balik aje dari jumpa cikgu tu...apa lagikk...aku cuci la dia habis habisan,,,,dengan aku aku sekali menangis...ahahaha(aku tak boleh marah orang..baliknya..aku yang menangis...)lepas tu..setiap hari semasa aku menghantar dia..aku akan cakap..'Amirul..dengar cakap cikgu...jgn buat lawak sangat...jadi budak baik...jadi budak pandai..mama nak amirul dapat 5A "..setiap pagi tanpa gagal aku cakap benda tu kat dia..(cakap apa yg korang nak lah)...tambah kan sedikit aura positive dengan mencium dahi dia..dan ucapkan i love you..dan Assalamualaikumm..(ni aku baca dlm blog mana..aku pon tak ingat dah)..memang aku buat...alhamdulillah..boleh membantu anak korang  juga ..In Sya Allah...oh..by the way...bila korang dah cakap i love you dan assalamualaikum..make sure diorg jawab dgn terang...selagi tak jawab jgn tron kereta...biar telinga kita jelas dengar...aku tak tahu kenapa aku buat cam gitu..tapi aku nak apa yang aku sampaikan...sampai ke telinga dan terus otak dia...

aku juga ada membuat perjanjian...Tablet samsung aku..aku akan bagi pada dia bila dia mendapat 5A....kira bagi dia gula gula la...sebelom pereksa...aku memang bagi dia main...bagi dia pegang dan rasa macam mana dia akan jadi tuan baru pada tablet tu bila dia mendapat 5A nanti....(itu kira taktik dan teknik yang bagus sebenarnya)..bila dia dah sayang Tablet tu...dia akan make sure dia mesti dapat ...tapi apabila nama dia tak di panggil dalam golongan 47 orang yang dapat 5A...aku nampak..dia toleh belakang dan pandang muka aku...dia tau..tablet itu bukan milik dia lagi.....aku hanya senyum...

Bagi hati emak yang sayang anak..memang kalau ikot kan hati..aku nak bagi aje...ala...terkucil sikit aje pon..4A 1B...tapi ...ku kuatkan semangat...aku cakap dgn dia..Amirul..tab ni bukan milik amirul lagi..mama terpaksa ambil balik..perjanjian mama dan amirul 5A bukan 4A 1B...

Sedihkan tgk muka anak ..kalau kita berkerass..tapi aku kene fikir jangka masa panjang...banyak lagi perjanjian perjanjian yg akan kami  merterai.(ahaha..sekema aje ayat aku ni)...aku tak nak dia anggap..perjanjian hanya sekadar perjanjian...boleh di ubah..jika keputusan dapat sipi sipi...memang sukar bagi aku..tapi..aku kuat kan hati...oleh kerana tablet dah kene tarik..dia pon membersihkan semula rak PS2 dia yg lama dah di abaikan...(haa,...baru nak hargai balik barang lama)...

4A 1B..alhamdulillah

Gambar Senyum puas yang amat sangat..bila anak aku berjaya..alhamdulillah..bukan tujuan riak..tapi ini adalah kepuasan yang aku sepatut dapat selepas mengharung semua pancarobaa...ecehhhhh...


Gambar ni menunjuk kan gembira yang terlalu sangat..sampai menitik air mata..(masa aku tulis blog ni pon..aku menangis..teringat ingat...)

sedeyyyy..pedeyyy
Sempat encik suami snap gambo aku ni ha.....


Alhamdulillah...aku dah lepas anak UPSR....mana yang kawan kawan,rakan rakan blog..rakan rakan FB..rakan rakan instagram..rakan rakan wechat..rakan rakan whatapss....(hamboi..banyak nye application andriod aku donwload dlm handphone..tak lupa juga rakan rakan kendi kerass....ahakksss)anak tak lepas UPSR lagik....korang akan rasa la..apa yang aku rasa nie.....apa apa pon aku doakan semoga anak korang semua mendapat 5A...amin....

Lepas aje dapat result...aku belanja la anak aku tu key epp sie (KFC)...aku yg berdiet ni..makan ayam dia yg di buang kulit dan coselaw aje...ahakss....diet ..jgn tak diet..

Gambo ni memang dah di rotate..tapi bila masuk kat blog..melintang plak  jadi nya...malas aku nak adjust ...ahahaha...