Sunday 10 November 2013

Resepi Meat Ball Homemade

Ha...Assalamualaikum ...kali ni entry tentang macam mana nak buat meat ball terus dari dapur andaaa....ecehh..ala ala master chef gituu...Kisahnya..aku nak la sangat makan meat ball kat ikea tu...tapi yang tak sanggupnya beratur panjang sangat...jadi..daging korban raya haji ada banyak....asik buat sup aje,,,muak dah anak tekak ni...tu yang buat meat ball  nie....resepi aku olah dari meng gugel juga..aku mix and match..mana rasa sesuai..aku masuk kan dlm adunan aku tu

(bahan blender)
3 pack - daging lembu cincang  (boleh amik daging ramli atau saudi)aku pakai daging korban..heheh
1 biji - bawang besar (saiz sederhana)  
8 ulas - bawang putih
1/2 sudu makan - herbs oregano
1/2 sudu makan - hebs rosemary
1/2 cawan - serbuk roti (boleh gantikan dgn tepung gandum)
1/2 sudu makan - serbuk lada hitam 
Garam secukup rasa..letak gula sedikit jika mahu

(Bahan Cincang Halus)
1 biji - bawang besar (saiz sederhana)
2 tangkai  -  daun sup
1 sudu - Mentega (suhu bilik)

okey...semua bahan bahan tu di belnder hingga sebati..dan gaul dengan bahan yg di cincang halus tu....jika lembik dan tidak boleh di kepal kepal kan..tambah serbuk roti lagi.


kepal kepal kan menjadi bebola kecil dan goreng....hermmm...sedapp....letak tepi nanti kuah spergetti masak...masuk sekali supaya bebola daging itu dapat menyerap sos prego dan rasanya lagi enak...kalau nak rendam bebola itu semalaman dalam sos prego lagi sedap...



Selamat Mencuba....




No comments:

Post a Comment